Tuesday, October 13, 2009

ACUAN BAHULU

Amat bertuah aku rasa sebab mendapat acuan bahulu lama ini. Yang besar ini dari ibuku sementara yang kecil ini pula pemberian ibu mertuaku. 
Kedua2nya memesan agar jangan beri pada orang lain atau meminjamkannya sebab mereka takut hilang.. kerana kedua2nya hampir2 tidak didapati balik setelah dipinjamkan kepada orang.  Ibuku siap minta balik dari anak arwah rakannya acuan ini..memang pada mulanya mereka kata tiada..yalah yang meminjam itu emak dia orang dan anak2 muda bukannya dia organg kisah sangat tentang sentimental value pada barangan ini.  Namun akhirnya dapat balik juga setelah puas diasak kepada anak teman baiknya itu.. akhirnya barangan tersebut terjumpa di bangsal buruk di belakang rumah mereka.   Memang rapanya amat daif masa tu.. setelah dibersihkan.. ini lah hasilnya.  Aku menanya juga pada emak kenapa tak boleh bersih atas penutupnya, rupa2nya cara memasak bahulunya ada lah dengan meletakkan arang dan juga sabut kelapa di atas penutupnya.. sebab itu lah atas penutup itu lekat berkerak dengan arang dan.. kalau nak betul2 nambak bersih alamat 1001 malam pun susah nak kilat.   Akhirnya kedua2 mak membenarkan kami menyimpan acuan ini kerana mereka tahu kami meminati barangan tersebut dan akan menjaganya.

1 comment:

  1. berkenannya tgk acuan bahulu yg bawah tu..terus jatuh chenta!!!

    ReplyDelete