Tuesday, October 6, 2009

VASE KACA BIRU


Aku amat sayang sangat dengan vase kaca berwarna biru ini.  Ada sepasang tapi yang satu lagi tu telah retak sedikit.  Ianya berserta dengan bunga2 kaca tapi malangnya cuma satu kuntum sahaja yang tinggal.  Sebelumnya ada 3 tangkai tapi telah pecah semasa kami berpindah dan tidak dapat diselamatkan walaupun aku cuma untuk menyambungnya.

Warnanya amat menarik dan aku mendapatkannya di dalam lubang sampah di belakang rumahku di kampung.  Kebetulan aku balik ke kampung masa tu dan terpandangkan vase ini dalam lubang sampah dan menyanyakan kepada emak mengapa vase itu dibuang.. mak kata dah tak pakai dah.. dah lama...

Ntah kenapa aku rasa vase tu cantik sangat masa tu dan terus aku ambil dan basuhnya dan bawa balik ke KL... walau masa tu aku belum lagi menyukai barangan antik2 sebegini... dan sekarang bila mak tengok dia kata eehh cantikknya..heheheh... nasib baik aku pungut..kalau tk tak adalah kenangan.

No comments:

Post a Comment