Wednesday, December 30, 2009

NIAT DIHATI INGIN MEMBUAT JASA..... TENGOKLAH APA DAH JADI

Malam Sabtu lalu dapat call dari Ca@Casaomaantiq  dia tanya dekat ke dengan MAHA.  Saya kata taklah jauh sangat so dia kata boleh tak tolong ambikkan teko2 dia di sana...lepas tanya hubby (pilot) bertauliah saya tu..sebab saya kalau bawa kereta sendiri memang tak sampai punya walaupun dekat..heheehe...so dia kata ok..maka saya cakap dgn Ca ok boleh ambikkan. 

Malangnya dari tengahari sampai ke malam hujang lebat manjang.  Dalam 6.30 ptg tu masih juga hujan tapi taklah lebat sangat maka saya cakap dengan husband cepatlah...karang kempunan pulak mak buyung tuu...hehehhee..punyalah excited nak menolong kononnya... redah juga hujan2 tuu...

Dipertengahan jalan hujan tambah lebat lagi... kena jugalah teruskan sebab kalau tak ambik minggu ni minggu depan saya ada program dan minggu satu lagi saya nak keluar negara. Maka redah juga walau dalam hujan.  Sampai sana tak banyak gerai buka... biasanya kami parking di bawah dalam jalan kaki ke atas.. tapi sebab tengok lenggang jer tak banyak gerai2 buka maka kami terus bawa kereta ke atas.  Sampai sana saya call lah tuan gerai tu tanya dia ada tak kat situ...dia kata ada tapi barang tak display  .. kalau tak sure sambil  mengambil barangan Ca ada barang2 lain yang saya rembat...sure banyak RM yang keluar ..nasib baik juga hujan...hehehehehhe...tapi barang yg saya nak ambik tu adalah... Disebabkan hujan lebat  maka saya tengok  sekali lalu jer dan . masa tu memang ketiga2 teko tu dalam satu beg plastik dan ada selapis jer surat khabar...tapi sebab dah basah kuyup saya ambil jer dan balik.

Sampai jer dirumah terus jer buka sebab kertas dalam beg tu pun lencun...dan apa yang saya tengok...sungguh menyedihkan..jam2 jtu juga call Ca...rasa nak menangis pun ada saya masa tuu..yalah ingatkan nak berbuat jasa..tapi tengok apa dah jadii...tentu kecewa si Ca tuuuu...senak perut saya dibuatnya...lepas seminggu baru rasa ok sikit dan boleh buat entry ni nak meluahkan rasa kekecewaannku ini ... Sementara tu saya letakkan dulu teko dia dalam almari saya... sebelum tu ingat balik jer nanti nak tolong cuci dan simpan sebelum saya balik kapung awal bulan 3 ni dan nanti bila bagi pada Ca dah bersih...tapi bila dah jadi macam tu..terbantut terus.  Takut saya jadinya.... sementara tu saya letakkan dulu teko tu bersama2 set bunga kekwa saya dalam almari dulu.  

Ca... kalau tak nak teko tu tak pa... akak ganti.. biar terus dia duduk bertapa dalam almari akak tu yerrr... Akak nak minta maap banyak2 yer sebab tak sangka nak jadi macam niii... sedih pilu mengenangkan nasib teko tu...

Nasib baik yang sebiji lagi, teko bunga kangkung besar tu tak apa2.. selamat. kalau dua2 jadi macam tuu.. tak tau lah betapa kecewanya akak. Tuan punyanya lagi lah kecewa ekkkk....Ampunnnnnn.......

Pada teman2 sekalian, pada masa2 akan datang walaupun kita cuma nak bawa secara hand carry tapi perlulah membungkusnya berlapis2 yerr... jangan jadi macam yang dah terjadi pada kami ni yerrr... terlalu sedih yang teramat dan terluka betul dibuatnya.



Gambar dua2 teko ni blur sikit sebab ambik pakai hp. 

Tuesday, December 22, 2009

HUNTING DI MAHA


Satu malam tu dapat call dari Melur.. sembang macam nak rak..macam dah kenal 10 tahun.. teruk betul orang kalau dah addict dengan barang antik ni eekk.. dengan siapa2 pun rancak jer bual.. Melur lah yang kenalkan saya dengan tempat ni... tak sabar2 nak peergi.. siap bodek laki ajak pergi.. nasib baik dia nakk... Masa nilah kenal nannie (my passion), tengok muka macam kenal, nak tegur segan..hehehe... pas tu abang yang menjual kat situ yang kenalkan inilah nannie dia kata..hehehehe.. salam perkenalan nanniee... saya memborong di dua kedai di situ..balik, ker terus proses merendam ... sebab barangan taklah kotor sangat, jadi jam 12.00 malam saya mengelap2 pinggan2 tu dan masukkan dalam gerobok.  Yang ini tiada lebihan yaaa... sebab semuanya untuk sendiri.. saya carikan kawan2 bagi barangan saya yang belum banyak familynya...
masa tgh pilih2 barang tu dengar ada makcik tu sembang2 pas tu dengar dia asik sebut nama Yattt.. aku pun dengan muka tak malunya tegurlah..makcik ni mak Yat keee..heheheh..haaa gasak engkau.. semuanya aku tegurrr....layannnnnn jer lahhh....

Sunday, December 20, 2009

GAMBARAN DEKAT HASIL HUNTING DI PENANG

Inilah dia hasil hunting di Penang tempohari.
1. Piring kuih bunga kangkung 6" - 7 biji (sendiri)
2. piring cawan bunga kangkung - 12 biji (sendiri)
3. piring kuih bunga kangkung 9" - 2 biji (sendiri)
4. cawan bunga kangkung mulut lebar - 2 set (sendiri)
5. cawan bunga kangkung sedang - 1 set (sendiri)
6.  mangkuk bunga kangkung 6" - 1 (sendiri)
7. mangkuk bunga kangkung + cop mohor 6" - 3 biji (sendiri)
8.  piring kuih bunga kekwa 6" - 6 biji (sendiri)
9.  piring bunga kekwa 8" - 1 biji (sendiri)
10.  piring bunga kekwa 9" - 1 biji (sendiri)
11.  piring gulai  bunga kekwa 7" - 1 biji (sendiri)
12.  cawan bunga kekwa - 2 set (sendiri)
13.  piring twin rose 6" - 4 biji (barter - 4 bj - book by Saidah)
14. teko pink rose - 1 biji (barter - book by Saidah)
15.  piring kuih bunga ros jambatan 9" - 2 biji (barter - book by pondok nursalam)
16. piring bunga padi 9" - 2 biji. (barter - book by Saidah)

piring bunga ros jambatan dan piring bunga padi ni saya tidak berhajat untuk menyimpannya.  Sesiapa yang berminat bolehlah barter ya.  Cepat sementara stok masih ada nii....

(...Habis dahhhhhhhhhh...tak boleh barter lagi dahhh..dah berpunyaaaa kesemuanyaaa.......) sesiapa yang tak dapat tu..tak dapek den nak nolongnyaaaaa sebab ramai sangat peminat barang2 ni...macam goreng pisang panas... baru jer saya masukkan dalam blog ni..bertalu2 sms dan call saya dapat....hehehehe)


Wednesday, December 16, 2009

HASIL HUNTING DI PENANG

Masa ikut huby ke Penang hari tu selain dari beli set kangkung dari Angah saya juga jalan2 kat Penang dengan teman collecter pinggan antik jugak iaitu Kelly, tapi dia belum ada blog lagi.   Dia pun walau dah lama duduk Penang tapi tak tau kat ceruk mana nak cari barang tu... jadi kami redah jer lah masuk mana2 kedai dan dengan muka tak malunya menanya apek2 dan nyonya2 tuuu... best jalan dengan kelly ni...muka selamber jerrr... ha elok lah tu dapat geng macam tu... cuma yang tak bestnya bila dah dapat kedai yang kami cari... huby pulak call kata nk keluar bilik hotel jam  12.30.. eemmm... dapat dalam 1 jam setengah jer dalam kedai apek tuu.. tak puas lagi membelek sebenarnya.. tapi pa lain kali kalau ke sana lagi dah tau mana tempat nak dituju.  Sampai jer hotel kereta opis cik abang dah siap buka boot sebab tengah masukkan barang2 huby dalam kereta.. so terus jer lah masukkan kotak dan beg pinggan2 tu dalam kereta.   tak muat kat boot letak kat seat belakang.. nasib baik anak tak ikut.. kalau anak ikut sure tak  muat sebab badan anakku macam giant... hehehhee...

Tuesday, December 15, 2009

SET BUNGGA KANGKUNG

Pada 10 & 11 Dis 2009 yang lalu aku telah ambik cuti  untuk ke Chiangmai, tapi sebab program bertukar ke bulan Januari dan tempat juga bertukar ke Yogjakarta pulak dah ..dan kebetulan pada tarikh yang sama huby ada meeting di Penang, maka cuti yang telah aku apply aku ambik jugaklah ikut huby ke Penang.  Sebelum   ke sana, member kat penang kata dia beli pinggan dari Angah (harta karun Angah), maka aku pun buka blog angah tengok2 mana2 yang berkenan, dan aku kenan dengan set bunga kangkung yang beliau ada... maka perjanjianpun dibuat dan Angah hantar set tu ke hotel tempat aku menginap (Sheraton - Royal Penang).  Sebelum tu bersms jer nak beli barang dan ingatkan nanti boleh lah ambik gambar dengan dia tapi rupa2nya bila dia nak hantar barang si Angah ni telefon... ekkk eleee rupa2nya mamat si Angah ni.. hehehe.. ingat pompuanm.. eemm... so tak dapatlah nak ambik gambar laga2 pipi dengan dia..  TQ Angah sebab sudi hantar barang tu ke hotel.  Kalau ada apa2 yang berkenan lagi nanti akak boleh order lagi.

Sunday, December 13, 2009

PIRING BUNGA ROS JAMBATAN 9' - 2 BIJI (boleh barter)

Saya mempunyai 2 biji piring ini dan tidak berhasrat untuk menyimpan koleksi ini kerana tiada kawan2nya.  Bagi sesiapa yang ingin barter dengan saya piring ini, silakan.

PINGGAN BUJUR BUNGA BAKUL- BOLEH BARTER

2 bj (book by Melur)
2 bj (book by ..ya allah siapa ni compius saya ..minta2 kejap lag ingat)
1 bj (book by Izany)
1 bj (sendiri)
Saya mempunyai 6 biji pinggan bujur bunga bakul 12".  Sesiapa berminat nak barter silakan.

Tuesday, December 8, 2009

KERAMBIT - CAMBODIA

Ini pula yang dinamakan kerambit padi.  Iaitu peralatan yang digunakan untuk menyabit padi.  Aku tak pernah tengok sebenarnya.... semasa membelinya  barulah aku tau kegunaannya.  terdapat seperti kepala itik pun ada.. kepala ular pun ada di atasnya.   Di belah bawanya aku salut dengan aluminiun foil,  almaklum tajammm..karang ada pulak yang terkena kerambit kat rumah aku nanti.. (sebagai langkah keselamatan bagi yang melihat dan juga untuk diri kami sekeluarga juga)... Aku beli dua bilah dan di kedua2 nya ada sedikit perbezaan dalam ukirannya. Tak ingat berapa harganya, tapi semua baranga yang kemi beli memanglah tak mahal..

SAMPAN DARI KAMBODIA

Seperti juga di Indonesia,  keadaan di Cambodia juga lebih kurang sama di mana ramai kanak2 kecil berjualan di merata tempat.  Sampan kecil ini aku beli dari anak kecil yang berjualan di sana.  Harganya hanya 2 dolar.  Begitu cantik dan licin buatannya dengan terdapat sedikit ukiran.   Harga asal diletak 10 dolar dan akhirnya aku dapat dnegan harga 2 dolar sahaja.  Ntah berapa sen sahaja agaknya yang diberi kepada orang yang membuatnya.  Terlalu murah hasil seni dia orang di sana.  kadang kala kasihan juga, begitu ramai yang mempunyai kepakaran di sana namun mereka tidak mendapat pembayaran yang setimpal dari usaha yang dilakukan oleh mereka  akibat dari kedaifan pada kebanyakan dari masyarakat mereka.

wayang kulit

Satu lagi hobi keluarga kami selain dari mengumpul barangan antik,  kami juga mengumpul apa jua barangan yang berkenan di hati.   Salah satu darinya adalah seperti wayang kulit ini.  Ianya kami beli di kedai cenderahati semasa kami berhenti rehat sebelum naik ke Fraser Hill.  Ada satu kedai souvernier di situ bersebelahan dengan gerai makan.  Suamiku yang menjumpainya di atas almari dalam kedai tersebut berkeadaan amat berhabuk.  Mahal juga diletakkan harganya masa tu... tapi bila suamiku cakap benda ni tak kan ada orang nak beli punya... nanti tahun depan kalau aku datang balik sure benda ni pun masih ada kat situ... heheheh..kata2 provok tuuu...akhirnya budak kedai tu pun bagi lah kami dengan harga murah..  Kalau tak silap RM30 jer..Hehehe..kelakar eekk..beli wayang kulit kat Fraser Hill.. Kalau kat Kelantan ke.. Indon ke.. logik jugak eekk.. gasak lahh... janji dapat murah dan kami suka sangat. Dah lama sangat tak ingat bila kami membelinya rasanya dalam 4 tahun sudah.