Sunday, February 28, 2010

PINGGAN2 ANTIK YANG DIGUNAKAN

Apa yang hendak aku fokuskan di sini adalah pinggan2 antik yang telah aku gunakan.  Memang pada pandangan orang agak tidak menarik kerana pinggan2 itu bercampur2.. namun bagi aku yang amat meminati pinggan2 ini merasa begitu bangga pula bila mana aku dapat menghidangkan para tetamu dengan pinggan2 lama ini....

cerita selanjutnya..nanti aku sambung..lapor ni..nak makan dulu...
atas  ...
pinggan2 hidang untuk diletakkan buah tembikai, karipap dan nugget dan juga pinggan dodol/halwa serta pinggan kecil lain sebagai pinggan utk pencuci mulut.

Tengok kawan2 aku makan gunakan pinggan2 antikku... yang makan desert gunakan pinggan dodol/wajik.. rasa bangga sanggat woiii...

tengok yang di atas meja tuu.. semuanya pinggan2 lama kannn...gambar atas dan bawah... yang kat bawah ni bos aku dgn wife dan Pengarah2 Bhg di Bawah Sektor Pengurusan tempat aku berkerja... 

Sebenarnya jamuan makan2 ni memang  dah lama aku plan iaitu sempena harijadi suamiku pada 22 hb Feb 2010 (Isnin).   Dan  memandangkan bos aku pula akan tamat tempoh berkerja dengan kami pada 24 Feb  2010 (Rabu) maka aku sekalikanlah buat kat rumah aku pada hari Ahad 21 Feb 2010.  Yalah memandangkan staff di pejabat aku cuma 3 orang jer..lepas abis pikir.. dah terlanjur memang  nak buat hubynya birthday so aku sekalikanlah ... abis cerita  ..panggil kawan2 hubby, kawan2 opis aku dan juga jiran2.. Kira sambutan Gong Xi Fa Chai sekalilah sebab masa tu kan masih raya cina lagi...
masih lagi fokus pada pinggan2 yang mereka gunakan...
gambar atas ni kawan aku yang baru join group antik kita Kelly...ntah apa yang hang cerita kat aku nya TKP tu Kelly..karang nanti sure dia kata PA dia asik dok duduk depan PC  update barang2 antik dia.  nasib baik dia dah blah.. kalau tak haru jugak aku nanti kena tegur...hehehehehe....
bawah ni pinggan2 hidang yang digunakan untuk letak nasi impit dan spagetti.   Bila dah dalam majlis macam ni rasa tak cukup pulak pinggan hidang... 

Yalah yang nak dijadikan hiasan tetap hiasan..tetap aku biarkan sedikti set dalam gerobok agar nanti tak lah gondol almari aku sebab semua barangannya kena keluarkan sebab nak diguna.. akibatnya jadilah tak cukup pinggan2 hidang aku tuu.. so kena tambah dengan pinggan2 lain pulak yang bukan antikk.. kalau macam ni nampaknya kena tambah koleksi lagi lah kotttt...hehehehe... tamaknya akuuu nii...
Pada mulanya aku nak hidangkan cupcake ni atas pinggan2 hidang antikku, namun memandangkan ruang yang tak mencukupi maka terpaksa aku gunakan tempat letak cake ni, walau hati meronta2 nak gunakan pinggan2 antik yang ada tuu... sabar wak sabarrrr...nanti kalau buat jamuan kecil2an dan ada ruang bolehlah gunakan ekkk..

sori yer.. nampak comot deko aku atas kek2 tu..yalah jam 12.30 malam baru start mendeco dan mata memang dah tahap abis ngantuk..layan jer lah apa yang jadi tuuu..

Sehari sebelum tu Kak Za datang ambik cawan... frust betul saya sebab lupa ambik gambar kita... yalah dari mula masuk rumah jer Kakza dan kakak dia dah pot pet pot pet.. ditambah dgn saya sorang lagi pot pet pot pet tak henti2...

keluar ke dalam tak abis2 pot pet pot pet.. hehehehe.. sampai kan dah dalam kereta nak gerak pun asik pot pet pot pet lagi.. ha sudah ...gasak kauu.. last2 satu gambar pun tak ambik.. bila cakap dgn huby dia sengeh jer.. ya la sebab dia dengar riuh kat dalam rumah tu 3 mak dara pinggitan bersembang....macam murai tercabut ekor tak abis2  borak..hehehee.. lain kali kalau jumpa kita ambik gambar yer kakzaa...

Kakza saya dah pegi kedai makan apek yang kakak kakza cakap tu.. masa makan tu sempat gak jeling2 kat dapur dia., saya ada nampak mangkuk bubur bunga kangkung ... tapi sebab saya dah ada so saya diam jer lah., tengok jer lah mangkuk tu kat atas rak dapur kedai tuuu..kalau saya belum ada maunya saya dgn muka tak malunya akan minta apek tu jualkan kat saya sebiji dua..hehehehe..

Tuesday, February 23, 2010

NANNIES (MY PASSION) GA

Siapa yang tak nak join GA nannie ni..dahlah hadiahnya lumayan..ramai pulak pemenang yang boeh dapat hadiah tu nantiii..nannieee...utk akak satu hadiah yerrrr....:)
Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :
- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Febuari .- masih available masa saya join

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja .- ya warga malaysia

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .- dah buat dahhh

- Kalau ok link kan blog saya ni di blog list anda. - dah buat dahhh

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .- dah buat dahhh

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .- dah ada dahhh

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.- harap2 saya salah sorang pemenangnyaa..hehehehehe..aminnnnn..



HUNTING DI KOREA - TEKO 1

Dah lama tak update blog... tidak berkesempatan dan tiada mood nak menulis. Hari ni mood baik sikit, walaupun sibuk tapi rasa rindu pulak kat kawan2 semua, so saya masukkanlah gambar yang saya hunting.

Pada 10 - 15 Feb 2010 yang lalu, saya dan keluarga sempat makan angin di Korea.  Tempat yang ingin sangat dituju sekarang ni walau ke mana sahaja saya pergi adalah lorong2 barangan antik.   Sehari sebelum balik ke Malaysia  seperti yang dijanjikan kami dibawa ke kawasan yang bernama Insadong dan inilah hasil yang sempat saya rembat iaitu 2 biji teko comel...harganya memang cekik darah dan harga  barangan di sana sangat tinggi  ibarat 1 ringgit dia bersamaan RM3.30 kita.   Tapi memandangkan inginkan kenangan di sana maka saya beli jugalah.  Saya nak beli satu jer sebab harganya mahal, tapi huby kata belilah sepasang.. baru cantik bila di display.. so inilah tekonya..amboiii senangnya cakap..yang nak kena keluar duit akuuu jugakkk...hehehehehe...

Yang saya beli ini adalah teko comel sebesar cawan yang paling murah iaitu duit kita RM82.50.  banyak lagi yang lain2 yang saya berkenaan... ada juga bunga ros yang seakan2 yang ada di blog teman2antik kita tetapi memang saya tak mampu membelinya kerana diletak dengan harga 250,000 wom dan jiak duit kita adalah sebanyak RM825.00.  Kalau dah dekat ribu2 ringgit tu baik saya cari barangan antik kita di Malaysia ni..lagi bayak boleh dapat.

Sunday, February 7, 2010

KANGKUNGKU

Haa... tengok banyak tak..ni bukan semua tau..ada lagi yg kat kampung lom ambik lagi dan ada 4 teko yang tak masuk dlm gambar ni dan sebahagian lagi yang saya buat basahan harian iaitu pinggan2 makan, mangkuk2 besar dan kecil dan pinggan2 lauk... Mlm tadi mengemas semula tempat menyimpannya..so saya snaplah gambar masa tengah bersepah2 nii...

Saturday, February 6, 2010

TWIN ROSES

Asalnya memang tak ada niat nak kumpul twin roses ni dan apa yang ada sebelum ini telah saya let go kan...namun tiba2 ada teman yang bagi pulak dan masa saya ke Jogja tempohari dapat pulak teko kotak yang cute dan paling bersih serta cantik yang saya dapat.. so bila dah telek2 cantik pulak....makanya saya pun ambil keputusan untuk collect lah pulak set ini.. ini

adalah serba sedikit set yang saya ada..

Wednesday, February 3, 2010

HUNTING DI YOGJAKARTA - TEKO 5

Ini teko ke 5 dan terakhir yang saya dapat semasa hunting tempohari....

teko ke 5 ini adalah teko yang paling saya suka sebab paling cantik dan bersih. Di atas tutupnya juga ada bunga.. Yang lain2 tu walau telah puas saya menyentalnya..namun masih terlihat kekotorannya.

Next week CNY ni nak pegi bercuti lagi... harap2 adalah lagi teko2 antik yang boleh saya bawa balik nanti...


Rasa seronok sebab dapat kumpul teko2 kotak ni.  sebelum ni suka tengok dalam blog member2 jer..esp welly dan monaliza..byk teko kotak dia org.   Satu lagi saya suka tengok dia orang posing gambar2 dia orang memang sungguh menarik, tertarik dan bommmm... sungguh menawan.

suami saya selalu komplain..dia kata kalau nak ambik gambar tu cuba cari tempat yang lawa2..ini ikut dan jerrr..sebenarnya leceh nak keluar masukan barang2 tuu..lepas tu nak cari pot2 yang elok dan sesuai, nak susun, pas tu nak kemas balik...aduhhh...memang tak rajin bab2 mcm tuu..Ntah bila nak jadi rajin mcm dia org tu pun tak tau lahhh...

Tuesday, February 2, 2010

DECOUPAGE ATAS PINGGAN J G MEKIN

Mesti ada yang kata..eehh sayangnya..apasal buat kat atas pinggan tuuu..
i)  jawapan brutal saya.....
ehh...  suka akulahh..pinggan aku..aku punya pasal lahh..nak buat apa pun...kihkhihkih

ii)  jawapan sopan aku ..
sebenarnya.. kebiasaannya saya menggunakan pinggan2 antik ni secara bergilir2 dan disebabkan ada sebahagian dari pinggan2 ni yang sumbing maka saya mengambil inisiatif untuk membuat decopage atas pinggan2 nii...

memanglah tak berapa cantik hasil tangan saya ni, tapi...haaa gasaklahh..janji aku puas hati..hehehe..ada beberapa biji lagi pinggan2ku yang sumbing yang nak aku kerjakan nanti bila2 free...

masa dulu2 pernah saya dengar orang2 tua kata......esp kepada  sang isteri..tak baik menghidangkan makanan kepada suami di dalam pinggan yang sumbing..nanti rumah tanggapun jadi sumbing ..... (sebenarnya tak manis kalau menghidangkan org kalau guna pinggan yang dah sompekk jer kannn... itu jer sebenarnya sebabnya kannn...)

YANG DIBORONG DI MAHA

Ini dia barangan yang saya borong semasa ronda2 dengan Kak Azzah tempohari.  

1)  2 piring dodol biru.   2 lagi Kak Azzah Ambil..  Ingat nak ambil 4 4, tapi dah sama2 minat kannn...tak pa lah..bagi lah sorang separuhh...lagipun sebab Saidah Ipoh dah janji nak bg 2 biji..so cukuplah tu nanti saya ada 4 biji
2)  4 bij piring sos bunga bakul

kesemua ni kami beli dari kedai siapa yer nama akak tuu..saya lupa tanya lahhh..sori ya kak..dan terima kasih juga sebab akak sudi lawat blog saya  ni...

Mangkuk bunga peonis ni pulak dari dapat dari Kedai Abang Din.   Bukan dapat free tauuu.....kena bayar lahhh....hehehehe..   Ikutkan banyak lagi nak memborongg...tapi  saya buat2 jer bersabarrr... kemudian2 nanti kalau ada rezeki adalahhh..kalau tak da..apa nak buat.. yalah Chinese New Year ni nanti nak pergi jalan2 lagii..mana tau nanti terjumpa lagi baranagan2 antik kat sanaaaa...so cik Hani oiii..buat2lah bersabar  yerrr

Monday, February 1, 2010

TEKO KANGKUNG YANG DIBARTER DGN KAK AZZAH8

Cun teko ni.  TQ Kak Azzah.

POSING MANJE2 DGN KAK AZZAH8 - 23 jan 2010

Seronok jumpa kak Azzah...ni dia gambar kita dan gambar cik abang kita. Layannnnnnnnn.....