Monday, October 26, 2009

TEPAK SIRIH

Aku mempunyai 2 tepak sirih.  1 yang polos dan satu lagi berkerawang.  Kedua2nya aku ambil semasa arwah nenekku masih ada.  Dia kan tahu aku suka baranga2 sebegini, maka dengan senang hatinya dia memberikannya kepada aku.

GELAS-GELAS COMEL




BULU MERAK



bulu merak ni dibeli di Bangkok, sepasang, tujuan dibeli kerana ianya
cantik dan bagus untuk dibuat kipas pengantin..
pernah digunakan sekali jer untuk kipas pengantin..
pastu rasa sayang pulak kerana yang mengipasnya ganas

BATU KARANG DARI ZAMBONGA FILIPINA



Terjumpa sepasang karangan semasa lawatan ke Zambonga
sebenarnya karagan ni tak dijual
tergetak jer di tepi mutiara putih dan pink yang banyak dijual di tepi pantai
dapat ler beli dengan murah..
lepas dibasuh cantik dan unik jadinya

PINGGAN HIDANG KECIL BUNGA PINK


 Sesiapa hendak barter silakan. 1 biji lagi boleh di let go.

PINGGAN HIDANG ROSE PINK BERTEBING LICIN

1 biji  telah barter dgn Saidap Ipoh
ada 2 biji lagi untuk dibarter.

PINGGAN HIDANG BERPEMEGANG

Ada 2 biji.  Memang sayang kalau nak buat barter trade.. tapi kalau kena gaya dengan pulangan yang akan saya dapat ... boleh dipertimbangkan.

* telah selamat di let go

PINGGAN HIDANG ROSE PINK BERLEKUK


PIRING BUNGA ROSE HITAM

Pinggan hidang bunga ros hitam ini telah berbarter trade dengan Ca dari casaomaantique.  Terima kasih ca sebab sudi berbarter dengan akak dan sudi datang ker rumah akak di Batu Pahat.  Seronok sembang dengan Ca, dan bila2 senang nanti kita boleh jumpa lagi ya.

Dengan demikian maka pinggan ini telah tidak boleh di barter lagi kerana tinggal satu saja untuk koleksi saya.

PINGGAN HIDANG BUNGA PADI

Ada 2 biji pinggan hidnag ini.  Tapi yang satunya ada sompekan dan bercalar... Yang ini memang tak boleh dibarter lah sebab siapa yang nak pinggan yang dah sompek macam ni kann.. (spt dlm gambar)

PINGGAN KANGKONG BUNGA BESAR

Ada 3 biji.  Sesiapa berminat nak berbarter trade.. Silakan.

PINGGAN KANGKUNG BUNGA KECIL


GALERY & LIBRARY KAMI


Thursday, October 22, 2009

PINGGAN MAKAN PUTIH


Pinggan makan putih ini bersekali juga aku ambil dengan pinggan mungkum dan pinggan hidang putih.  Aku mendapat 7 biji kesemuanya dan boleh dikatakan kesemuanya ada sompekan ditepinya.

PINGGAN HIDANG PUTIH



Aku tak tau apa nama pinggan ini cuma aku namakan pinggan hidang putih.  Ianya aku  ambil bersama pinggan mungkum yang berjalur merah yang aku postkan di entry sebelum ini.  Aku dapat 3 biji.  Sebiji ada kesan sompek dan  bertanda coklat yang tidak boleh dihilangkan. 

Pinggan ini boleh dibarter.  Silakan.

PINGGAN PUTIH MONGKOM BERLINE MERAH


Ini satu lagi koleksi yang aku baru jer ambil dari almari mak di kampung masa raya hari tu.  Ada 5 biji kesemuanya.  Ianya berkeadaan retak seribu dan tanda2 hitamnya tak boleh hilang.  Ada juga sompekan di bahagian tepinya.

Tuesday, October 20, 2009

KERUSI KOPITIAM


Sepasang lagi kerusi kesayangannku.  Kerusi kopitiam.  Aku mengambilnya di bangsal di belakang rumahku.   Mamang telah amat daif namun masih boleh digunakan.  Dengan izin ibuku aku mambawanya balik ke KL dan aku hantar ke kedai untuk dibaikpulih.  Walau saiznya tidak sama yang satu tu kecil sedikit, namun oklah... Asalnya ada banyak, tapi telah patah2 dan telah dibuang oleh arwah bapaku lama dulu.

KERUSI REHAT DARI PAKISTAN


Sepasang kerusi rehat ini walaupun ianya diimpot dari Pakistan namun kami membelinya di Langkawi.   Memang kedengarannya agak pelik kerana kebanyakkan orang bila ke Langkawi akan membali pinggan mangkuk, namun kami sebaliknya.  Kerusi ini yang kami berkenan. Memang agak berat juga membawanya turun naik feri, namun kerana minat punya pasal, kami beli jugalah.. Ianya telah agak lama sepasang cuma RM160 saja ketika itu.  Kemudiannya bila aku jalan2 di KL ada juga terlihat kerusi seperti ini namun harganya jatuh RM200 sebiji.  .

TEMPAYAN

Aku mendapat sepasang tempayan ini dari ibuku. Ianya telah aku spray gold.  Yang satu masih juga boleh diguna walau ada keretakan sedikit.

KERUSI ZIRAFAH FROM SOUTH AFRICA



orang heran patutnya gi afrika selatan beli berlian
ni kerusi yang dibelinya..
alahai suami...

PINGGAN VIETNAM





Ini bukan kepunyaan ku, cuma saja jer nak berkongsi sesama teman bahawa di negara luar pun masih ada pinggan2 seperti ini. Semasa aku ke taman buah2an di Vietnam, mereka menghidangkan berjenis2 potongan buah2an menggunakan pinggan ini.  Walau pinggan ini juga ada sedikit2 sompek ditepinya..namun mereka masih lagi menggunakannya.

Monday, October 19, 2009

SEPASANG UDANG DARI TANDUK

Ini satu lagi koleksi kami,  sepasang udang yang diperbuat dari tanduk.  Kami membelinya semasa menunggu flight berlepas balik ke KL dari Medan.  Kami membelinya di airpot Medan.  Tak ingat berapa harganya kerana telah terlalu lama.

MERPATI 2 SEJOLI DARI TANDUK


Merpati 2 sejoli ini kami beli semasa berjalan2 di lumut.   tak ingat apa nama kedainya...ianya nampak unik bagi kami maka kami membelinya untuk menambahkan koleksi kami.

KASUT KULIT MUTIARA DARI VIETNAM


Kebiasaannya aku hanya melihat panel2 gambar yang diperbuat daripada kulit mutiara ini.. mungkin aku ketinggalan zaman agaknya baru melihat kasut diperbuat dari kulit mutiara ini.  Semasa kami berjalan2 di night market di Vietnam aku telah terpandangkan kasut ini.  Harganya cuma RM8 sahaja duit kita.  Aku melihat ramai orang di sana memakainya.   Memandangkan aku belum lagi melihat orang di sini memakainya, dan aku rasa sayang pula dengan kasut ini maka aku tidak memakainya sebagai basahan tetapi aku masukkan ke dalam galeriku sabagai salah satu barang hiasan.

BECA DARI VIETNAM


MUG DAN BEKAS ABUK ROKOK DARI CHINA


PINGGAN MEKIN BIRU & PINGGAN KUNING


Aku mempunyai lebihan pinggan mekin biru dan juga pinggan kuning berbunga ini.  Cuma kebanyakannya telah sompik sedikit ditepinya.. tapi sebab ianya dah terlalu lama dan menjadi antik so aku sayang nak membuangnya.
UnUntuk sahabat2 yg meminati pinggan ini boleh membuat sistem barter dengan saya..yang berwarna biru saya mempunyai lebih dari 3 dozen dan yang kuning ada sedozen..cumanya terlebih dahulu ingin dinyatakan bahawa pingan2 tersebut kesemuanya sompek ditepinya.  Yg elok2 aku tak tahu dah ke mana ..cuma sebahagian jer yang tinggal.  Aku mempunyai agak banyak pinggan2 ini kerana dahulunya arwah datuk memang membuat sewaan untuk orang kahwin bagi set2 ini. Namun bila sampai ke generasi aku dan masa muda2 dulu aku tidak meminati koleksi ini maka aku tidak mengambil indah akan nilaiannya yang amat tinggi pada masa kini.  So bila kini aku telah pandai menilainya.. barangan tersebut telah agak rosak.

SET BUNGA ROS HITAM

Saya juga mempunyai lebihan pinggan hidang bunga ros hitam ini kepada sesiapa yang ingin membuat barter trade dengan saya..silakan.