Tuesday, December 15, 2009

SET BUNGGA KANGKUNG

Pada 10 & 11 Dis 2009 yang lalu aku telah ambik cuti  untuk ke Chiangmai, tapi sebab program bertukar ke bulan Januari dan tempat juga bertukar ke Yogjakarta pulak dah ..dan kebetulan pada tarikh yang sama huby ada meeting di Penang, maka cuti yang telah aku apply aku ambik jugaklah ikut huby ke Penang.  Sebelum   ke sana, member kat penang kata dia beli pinggan dari Angah (harta karun Angah), maka aku pun buka blog angah tengok2 mana2 yang berkenan, dan aku kenan dengan set bunga kangkung yang beliau ada... maka perjanjianpun dibuat dan Angah hantar set tu ke hotel tempat aku menginap (Sheraton - Royal Penang).  Sebelum tu bersms jer nak beli barang dan ingatkan nanti boleh lah ambik gambar dengan dia tapi rupa2nya bila dia nak hantar barang si Angah ni telefon... ekkk eleee rupa2nya mamat si Angah ni.. hehehe.. ingat pompuanm.. eemm... so tak dapatlah nak ambik gambar laga2 pipi dengan dia..  TQ Angah sebab sudi hantar barang tu ke hotel.  Kalau ada apa2 yang berkenan lagi nanti akak boleh order lagi.

5 comments:

  1. salam....koleksi bunga kangkung ni femes sepanjang zaman kan, walau pun rose menjadi pujaan, tapi bunga kangkung ni ramai peminat setianya, saya pun antara peminat setia...kalau ada periuk gambar bunga kangkung punn, saya rembat..hahahaha....nasib baik depa tak buat sinki atau bath tub ada corak bunga kangkung!!!......

    ReplyDelete
  2. ramai sungguh peminat kangkung biarpun bunga ia taklah secantik mana ...tp nastolgia tu yg menyebabkan ianya ramai peminat ...

    p/s kajang kat mana? Akak sabtu tu turun ke saujana impian kajang..dok sana byk hari juga

    ReplyDelete
  3. salam...salam kenal..kenapa akk baru terjah blog u hari ni ya...ni pun termasuk..niceblog ..akk link ya.

    ReplyDelete
  4. tk MrsNor, nor64 kerana sudi bertandang.
    Saya kat Kajang Utama Mrs Nor. Saujana Impian tu tak lah jauh dari rumah saya cuma saya tak pernah masuk kawasan tu jerrr..biasa lalu jer nampak tamnan tu sebab saya selalu belanja di TESCO.

    Cik Mat boleh aper kalau nak sinki or bath tub bunga kangkung tuuu... masa jalan2 kat penang tu.. baru tau bila amoi kedai antik tu cakap... you mau antik antik ke..baru antik.. maknanya sekarang ni ada barangan antik yang dibuat baru.. dia org ambik bunga2 yang sama macam dulu2 tu.. so saya pun ada gak terdapat yang baru antik... hehehe.. tak kisahlah.. sebagai tambahan koleksi.. tapi kalau dapat yang betul2 antik (lama) memanglah bangga kannn...especially yang ada tanda2 yang biasa orang2 tua kita tandakan biar tak tertukar, family saya guna cat kat belakang pinggan dia org tuuu... ada tanda pangkah.. ada tanda bulat dan macam2 ;...ada yg tulis short form nama dia macam Mat Gebu ditulis MG...hehehehehe...

    ReplyDelete
  5. salam kak...byknya hasil hunting akak tu tak mengecewakan la ia....bestkan kak...berbaloi2

    ReplyDelete