Tuesday, December 8, 2009

wayang kulit

Satu lagi hobi keluarga kami selain dari mengumpul barangan antik,  kami juga mengumpul apa jua barangan yang berkenan di hati.   Salah satu darinya adalah seperti wayang kulit ini.  Ianya kami beli di kedai cenderahati semasa kami berhenti rehat sebelum naik ke Fraser Hill.  Ada satu kedai souvernier di situ bersebelahan dengan gerai makan.  Suamiku yang menjumpainya di atas almari dalam kedai tersebut berkeadaan amat berhabuk.  Mahal juga diletakkan harganya masa tu... tapi bila suamiku cakap benda ni tak kan ada orang nak beli punya... nanti tahun depan kalau aku datang balik sure benda ni pun masih ada kat situ... heheheh..kata2 provok tuuu...akhirnya budak kedai tu pun bagi lah kami dengan harga murah..  Kalau tak silap RM30 jer..Hehehe..kelakar eekk..beli wayang kulit kat Fraser Hill.. Kalau kat Kelantan ke.. Indon ke.. logik jugak eekk.. gasak lahh... janji dapat murah dan kami suka sangat. Dah lama sangat tak ingat bila kami membelinya rasanya dalam 4 tahun sudah.

No comments:

Post a Comment