Tuesday, December 8, 2009

SAMPAN DARI KAMBODIA

Seperti juga di Indonesia,  keadaan di Cambodia juga lebih kurang sama di mana ramai kanak2 kecil berjualan di merata tempat.  Sampan kecil ini aku beli dari anak kecil yang berjualan di sana.  Harganya hanya 2 dolar.  Begitu cantik dan licin buatannya dengan terdapat sedikit ukiran.   Harga asal diletak 10 dolar dan akhirnya aku dapat dnegan harga 2 dolar sahaja.  Ntah berapa sen sahaja agaknya yang diberi kepada orang yang membuatnya.  Terlalu murah hasil seni dia orang di sana.  kadang kala kasihan juga, begitu ramai yang mempunyai kepakaran di sana namun mereka tidak mendapat pembayaran yang setimpal dari usaha yang dilakukan oleh mereka  akibat dari kedaifan pada kebanyakan dari masyarakat mereka.

No comments:

Post a Comment