Monday, October 26, 2009
BULU MERAK
bulu merak ni dibeli di Bangkok, sepasang, tujuan dibeli kerana ianya
cantik dan bagus untuk dibuat kipas pengantin..
pernah digunakan sekali jer untuk kipas pengantin..
pastu rasa sayang pulak kerana yang mengipasnya ganas
BATU KARANG DARI ZAMBONGA FILIPINA
Terjumpa sepasang karangan semasa lawatan ke Zambonga
sebenarnya karagan ni tak dijual
tergetak jer di tepi mutiara putih dan pink yang banyak dijual di tepi pantai
dapat ler beli dengan murah..
lepas dibasuh cantik dan unik jadinya
PINGGAN HIDANG BERPEMEGANG
PIRING BUNGA ROSE HITAM
Pinggan hidang bunga ros hitam ini telah berbarter trade dengan Ca dari casaomaantique. Terima kasih ca sebab sudi berbarter dengan akak dan sudi datang ker rumah akak di Batu Pahat. Seronok sembang dengan Ca, dan bila2 senang nanti kita boleh jumpa lagi ya.
Thursday, October 22, 2009
PINGGAN MAKAN PUTIH
Pinggan makan putih ini bersekali juga aku ambil dengan pinggan mungkum dan pinggan hidang putih. Aku mendapat 7 biji kesemuanya dan boleh dikatakan kesemuanya ada sompekan ditepinya.
PINGGAN HIDANG PUTIH
PINGGAN PUTIH MONGKOM BERLINE MERAH
Ini satu lagi koleksi yang aku baru jer ambil dari almari mak di kampung masa raya hari tu. Ada 5 biji kesemuanya. Ianya berkeadaan retak seribu dan tanda2 hitamnya tak boleh hilang. Ada juga sompekan di bahagian tepinya.
Tuesday, October 20, 2009
KERUSI KOPITIAM
Sepasang lagi kerusi kesayangannku. Kerusi kopitiam. Aku mengambilnya di bangsal di belakang rumahku. Mamang telah amat daif namun masih boleh digunakan. Dengan izin ibuku aku mambawanya balik ke KL dan aku hantar ke kedai untuk dibaikpulih. Walau saiznya tidak sama yang satu tu kecil sedikit, namun oklah... Asalnya ada banyak, tapi telah patah2 dan telah dibuang oleh arwah bapaku lama dulu.
KERUSI REHAT DARI PAKISTAN
Sepasang kerusi rehat ini walaupun ianya diimpot dari Pakistan namun kami membelinya di Langkawi. Memang kedengarannya agak pelik kerana kebanyakkan orang bila ke Langkawi akan membali pinggan mangkuk, namun kami sebaliknya. Kerusi ini yang kami berkenan. Memang agak berat juga membawanya turun naik feri, namun kerana minat punya pasal, kami beli jugalah.. Ianya telah agak lama sepasang cuma RM160 saja ketika itu. Kemudiannya bila aku jalan2 di KL ada juga terlihat kerusi seperti ini namun harganya jatuh RM200 sebiji. .
PINGGAN VIETNAM
Monday, October 19, 2009
MERPATI 2 SEJOLI DARI TANDUK
Merpati 2 sejoli ini kami beli semasa berjalan2 di lumut. tak ingat apa nama kedainya...ianya nampak unik bagi kami maka kami membelinya untuk menambahkan koleksi kami.
KASUT KULIT MUTIARA DARI VIETNAM
Kebiasaannya aku hanya melihat panel2 gambar yang diperbuat daripada kulit mutiara ini.. mungkin aku ketinggalan zaman agaknya baru melihat kasut diperbuat dari kulit mutiara ini. Semasa kami berjalan2 di night market di Vietnam aku telah terpandangkan kasut ini. Harganya cuma RM8 sahaja duit kita. Aku melihat ramai orang di sana memakainya. Memandangkan aku belum lagi melihat orang di sini memakainya, dan aku rasa sayang pula dengan kasut ini maka aku tidak memakainya sebagai basahan tetapi aku masukkan ke dalam galeriku sabagai salah satu barang hiasan.
PINGGAN MEKIN BIRU & PINGGAN KUNING



Subscribe to:
Posts (Atom)