Wednesday, December 9, 2009

PEMBUKA SURAT


PISTOL - LIGHTER

Pispistol ni dibeli di bangkok oleh suami semasa mengikuti rombongan Dato Najib (dulu TPM) tak salah dalam mesyuarat bi lateral kedua negara

Tuesday, December 8, 2009

KERAMBIT - CAMBODIA

Ini pula yang dinamakan kerambit padi.  Iaitu peralatan yang digunakan untuk menyabit padi.  Aku tak pernah tengok sebenarnya.... semasa membelinya  barulah aku tau kegunaannya.  terdapat seperti kepala itik pun ada.. kepala ular pun ada di atasnya.   Di belah bawanya aku salut dengan aluminiun foil,  almaklum tajammm..karang ada pulak yang terkena kerambit kat rumah aku nanti.. (sebagai langkah keselamatan bagi yang melihat dan juga untuk diri kami sekeluarga juga)... Aku beli dua bilah dan di kedua2 nya ada sedikit perbezaan dalam ukirannya. Tak ingat berapa harganya, tapi semua baranga yang kemi beli memanglah tak mahal..

SAMPAN DARI KAMBODIA

Seperti juga di Indonesia,  keadaan di Cambodia juga lebih kurang sama di mana ramai kanak2 kecil berjualan di merata tempat.  Sampan kecil ini aku beli dari anak kecil yang berjualan di sana.  Harganya hanya 2 dolar.  Begitu cantik dan licin buatannya dengan terdapat sedikit ukiran.   Harga asal diletak 10 dolar dan akhirnya aku dapat dnegan harga 2 dolar sahaja.  Ntah berapa sen sahaja agaknya yang diberi kepada orang yang membuatnya.  Terlalu murah hasil seni dia orang di sana.  kadang kala kasihan juga, begitu ramai yang mempunyai kepakaran di sana namun mereka tidak mendapat pembayaran yang setimpal dari usaha yang dilakukan oleh mereka  akibat dari kedaifan pada kebanyakan dari masyarakat mereka.

wayang kulit

Satu lagi hobi keluarga kami selain dari mengumpul barangan antik,  kami juga mengumpul apa jua barangan yang berkenan di hati.   Salah satu darinya adalah seperti wayang kulit ini.  Ianya kami beli di kedai cenderahati semasa kami berhenti rehat sebelum naik ke Fraser Hill.  Ada satu kedai souvernier di situ bersebelahan dengan gerai makan.  Suamiku yang menjumpainya di atas almari dalam kedai tersebut berkeadaan amat berhabuk.  Mahal juga diletakkan harganya masa tu... tapi bila suamiku cakap benda ni tak kan ada orang nak beli punya... nanti tahun depan kalau aku datang balik sure benda ni pun masih ada kat situ... heheheh..kata2 provok tuuu...akhirnya budak kedai tu pun bagi lah kami dengan harga murah..  Kalau tak silap RM30 jer..Hehehe..kelakar eekk..beli wayang kulit kat Fraser Hill.. Kalau kat Kelantan ke.. Indon ke.. logik jugak eekk.. gasak lahh... janji dapat murah dan kami suka sangat. Dah lama sangat tak ingat bila kami membelinya rasanya dalam 4 tahun sudah.

Monday, November 30, 2009

BUNGA KACA BIRU




Sebelum ini aku pernah post vase biru yang bersekali dengan bunga kacanya, tapi terlupa nak ambil gambar bunganya.   Awalnya ada beberapa kuntum tapi pecah akibat berpindah.  Hanya sekuntum yang dapat diselamatkan.

Barter Dgn Ca Teko & Piring Dodol - 28 Nov 2009


Kan Ani,  rumah akak kat mana..
Dari BP Mall... terus sikit sampai shell kanan kiri, lepas tu jumpa masjid, pas tu dekat dgn masjid ada rumah, depan rumah tu ada kubur (kepuk batu nisan), tu rumah akak...hehehe...Tak lama lepas tu dalam hujan lebat...dapat call lagi...haaa..kau kat mana..saya ada kat batu nisan ni...hehehe..haa berlari keluar akak buka pintu.

Ini dia teko dan piring dodol yang dibarter dengan Ca@casaomaantique.  Saya bagi Ca piring dodol hijau 1,  putih 1 dan juga pinggan hidang bunga ros hitam.

Terima kasih Ca sebab sudi datang rumah akak di Batu Pahat. Yalah barangan lama ni kalau dipos takut pecah..sayang..dah kebetulan akak balik kampung masa raya haji ari tu, baik bawa balik sekalilah dan dapat jumpa sekali orangnya.   Mak Ca pun sporting sebab nak ikut sama...Ca kita ni sama2 seJawa ekk Ca..hehehehee.

Termengandung rupanya budak ni...patut ler pucat jer  muka masa datang rumah...tapi macam mana pun masih rancak borak....hehehehe.. Tahniah Ca semoga sihat dan sentiasa aktif dalam mencari barangan2 antik ni.