Sunday, November 21, 2010

mangkuk sampan bunga kangkung - 2

RM43 sebiji
size 11 in X 7.9 in
ada 2 biji
SOLD

MANGKUK SAMPAN BUNGA KANGKUNG

RM 38 Sebiji
Size 10.2 in X 7 in
ada 2 biji
SOLD

MANGKUK SAMPAN BUNGA PIONES

RM38 Sebiji
Size 10.2 in X 7 in
ada 2 biji
(sold)

HASIL YANG DIDAPATI DI KAMPUNG

Ini kesemua yang aku angkut...ada lagi beberapa pasu2 dan juga batu giling yang tak muat kereta aku nak sumbat abwa balik KL.

mana-mana barangan yang aku nak dah aku masukkan dalam galery kat ruangan tengah rumah aku..dah penuh dah..dah tak boleh nak sumbat lagi dahhh...lepas ni kena slowkan aktivit menghunting (boleh ker???)..HEHEHE..

almari antik yang aku beli dgn En Zulkis  yang aku letakkan di ruangan dapur juga telah aku ubah susun aturnya..dah bertambah dan dah tak boleh nak disumbat lagi dahh..nak buat rak2 kat dinding2 tu...takut kena marah dgn cik abg sebab nanti nampak sarat sgt rumah aku...

Tuesday, September 28, 2010

PINGGAN-PINGGAN ANTIK

Sejak dua menjak ni selalu juga aku tengok cerita2 dalam TV yang mana dia oranga gunakan pinggan mangkuk antik ni.
yang ni dalam cerita Ragam Menantu..ditayangkan masa awal2 raya hari tu..

yang ni aku tak ingat dlm cerita apa..tp cerita kelakar lahh..

Sunday, September 26, 2010

SET SAKURA & ROSA PINK

Masa pergi beraya rumah makcik di Kg Prit Besar Bt Pahat tempohari, tengok dalam almari dia ada set2 ni. Geram jer tengok, tapi apa nak buat orang punyaa..so tengok jer lahhh..tapi bab2 mengambil gambar ni aku tk lepasnyaa...Almari dia tu pun mengancam jiwa aku...nak puaskan hati ambik jer gambar sebagai kenangan.

Monday, September 20, 2010

RUMAHKU DIPECAH ORANG


Ikutkan nak balik KL hari khamis..tapi sebab mlm Rabu tu rumah kena masuk orang...so bila jiran sebelah rumah call terus jer kami balik.   TQ kepada jiran2ku yang prihatin...TV plasma, dvd dan barang2 koleksi kami kena kebas.  2 kali polis datang sebab kebanyakan barangan yang hilang adalah barangan tajammm..gambar2 ada dengan polis dan sesiapa yang ada nampak barang2 ni dijual hati2 lah yaaa..

Inilah sebahagian dari gambar koleksi2 kami yang dikebas.
yang dalam gambar tu semua kena kebas
1. parang panjang
2. parang pendek
3. bennet 2 bilah
4. 2 bilah pisau lipat
5. depan tu pedang kayu pun dikebasnyaa

6.  2 bilah pedang (sepasang)
7.  keris panjang hitam


8.  BENNET


9.  pistol lighter

10.  pistol dlm frame...

tendoklah atas almari tu dah licin koleksi kami dikebasnya.

sebelum tu kesemua barangan tersebut kami susun atas almari tuuuu...
 11) 2 pedang sepasang hitan + silver di atas tuuu
 12) 2 bilang pedang warna maroon (tiada dlm gambar)

kayu golf dikeluarkan dari begg..dan begnya diambil.mungkin utk mengisi baranga2 tajam tersebut.
Tengoklah habis satu paket coklat habis dibedalnya...sebelah tu cadar atas pangkin kat dapur rumah aku..sure kaki dia org berdarah pijak kaca pecah.


 habis kotak2 barang perhiasan aku diselongkar..bukannay ada emas pun sebab aku cuma pakai costume jewelerry.. sebelah tu abis meja di library aku di tabur2kan..kotak simpan biola pun dibukanya, biolanya di letak atas meja di ruang tamu pulakk... dia org bersenang lenang berhibur beraya masa kami tak ada kottt..