Sunday, November 21, 2010

HASIL YANG DIDAPATI DI KAMPUNG

Ini kesemua yang aku angkut...ada lagi beberapa pasu2 dan juga batu giling yang tak muat kereta aku nak sumbat abwa balik KL.

mana-mana barangan yang aku nak dah aku masukkan dalam galery kat ruangan tengah rumah aku..dah penuh dah..dah tak boleh nak sumbat lagi dahhh...lepas ni kena slowkan aktivit menghunting (boleh ker???)..HEHEHE..

almari antik yang aku beli dgn En Zulkis  yang aku letakkan di ruangan dapur juga telah aku ubah susun aturnya..dah bertambah dan dah tak boleh nak disumbat lagi dahh..nak buat rak2 kat dinding2 tu...takut kena marah dgn cik abg sebab nanti nampak sarat sgt rumah aku...

Tuesday, September 28, 2010

PINGGAN-PINGGAN ANTIK

Sejak dua menjak ni selalu juga aku tengok cerita2 dalam TV yang mana dia oranga gunakan pinggan mangkuk antik ni.
yang ni dalam cerita Ragam Menantu..ditayangkan masa awal2 raya hari tu..

yang ni aku tak ingat dlm cerita apa..tp cerita kelakar lahh..

Sunday, September 26, 2010

SET SAKURA & ROSA PINK

Masa pergi beraya rumah makcik di Kg Prit Besar Bt Pahat tempohari, tengok dalam almari dia ada set2 ni. Geram jer tengok, tapi apa nak buat orang punyaa..so tengok jer lahhh..tapi bab2 mengambil gambar ni aku tk lepasnyaa...Almari dia tu pun mengancam jiwa aku...nak puaskan hati ambik jer gambar sebagai kenangan.

Monday, September 20, 2010

RUMAHKU DIPECAH ORANG


Ikutkan nak balik KL hari khamis..tapi sebab mlm Rabu tu rumah kena masuk orang...so bila jiran sebelah rumah call terus jer kami balik.   TQ kepada jiran2ku yang prihatin...TV plasma, dvd dan barang2 koleksi kami kena kebas.  2 kali polis datang sebab kebanyakan barangan yang hilang adalah barangan tajammm..gambar2 ada dengan polis dan sesiapa yang ada nampak barang2 ni dijual hati2 lah yaaa..

Inilah sebahagian dari gambar koleksi2 kami yang dikebas.
yang dalam gambar tu semua kena kebas
1. parang panjang
2. parang pendek
3. bennet 2 bilah
4. 2 bilah pisau lipat
5. depan tu pedang kayu pun dikebasnyaa

6.  2 bilah pedang (sepasang)
7.  keris panjang hitam


8.  BENNET


9.  pistol lighter

10.  pistol dlm frame...

tendoklah atas almari tu dah licin koleksi kami dikebasnya.

sebelum tu kesemua barangan tersebut kami susun atas almari tuuuu...
 11) 2 pedang sepasang hitan + silver di atas tuuu
 12) 2 bilang pedang warna maroon (tiada dlm gambar)

kayu golf dikeluarkan dari begg..dan begnya diambil.mungkin utk mengisi baranga2 tajam tersebut.
Tengoklah habis satu paket coklat habis dibedalnya...sebelah tu cadar atas pangkin kat dapur rumah aku..sure kaki dia org berdarah pijak kaca pecah.


 habis kotak2 barang perhiasan aku diselongkar..bukannay ada emas pun sebab aku cuma pakai costume jewelerry.. sebelah tu abis meja di library aku di tabur2kan..kotak simpan biola pun dibukanya, biolanya di letak atas meja di ruang tamu pulakk... dia org bersenang lenang berhibur beraya masa kami tak ada kottt..

Tuesday, August 31, 2010

MY COOKIES RAYA DAH SIAPPP..


Beberapa jenis biskut raya yang sempat aku buat.. ada yang aku hentam reka sendiri dan ada juga yang tengok dalam blog rakan2.  yang tart bunga tuuu...aku ikut sifu tukang masak power kitaa ..siapa lagi kalau bukan cik mat gebuss kita tuuuu...

Friday, August 13, 2010

kerusi kopitiam

4 biji kerusi kopitiam ni dibeli dari Ca@casaoma.blogspot. Saya beli saing dgn beli almari dgn En. Zul tempohari, tapi memandangkan kerusi2 tu dihantar ke my kampung so baru last week saya bawa balik KL.  Kena 2 kali bawa sebab kereta kecil.  So alhamdulillah..raya ni dapatlah saya gunakan kerusi tuu...

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA...

ni gambar tahun lepas...walau pun bulan puasa..tapi teringin sangat nk makan nasi ambeng.. so buat jelah... masa tu kelam kabut gak..sampai rumah dah dekat jm 6.30 pm tapi sebab tekak ni nak nak sgt..buat jer lahhh apa2 yg sempat...

makan dgn ayam masak kicap, ikan masin, tahu goreng, lodeh, serunding kelapa, terung masak garam asam.

kami bertiga beranak saja..so kalau letak banyak2 sangat dalam dulang tu takut nanti membazir, so aku letak serba sedikit ejr dalam dulang tu dan lauk2 yang lebih tu aku hidang dalam piring..