Monday, August 9, 2010

SET CAWAN COMEL

Sepasang cawan comel ini adalah pemberian jiranku semasa aku duduk di Labuan dulu.  Katanya cawan comel ini adalah untuk anak-anaknya minum pagi sebelum pergi ke sekolah semasa mereka duduk di England dulu.  Masa dapat tu aku tak pernah pun tengok apa brand cawan ni...walaupun kadang2 aku memakainya untuk minum..namun bila dah giler dgn pinggan2 ni aku beleklah bawah cawan & piring tuuu dan tengok brand apaa...

Tuesday, August 3, 2010

tambahan set bunga bakul


tambahan kepada koleksi bunga bakul...dibeli di pasar karat di Batu Pahat masa aku balik kampung minggu lepas...tak pernah pun tahu ada pasar karat di kampung ku....

mula2 tu frust jugak sebab biasanya kata sepupunku buka jam 7.  Ni sampai lebih jam 7 tapi penjual2 baru sampai..dah penat berpusing2...tak da pun barang2 yang aku nak cari..last2 masa nak jalan balik..ternampak sebiji piring kecil bunga bakul...bila dtg dekat..ada lagi bungkusan yang belum buka...bila aku buka semuanya bunga bakul..so aku angkut lah semnuaa...berbaloi jugak lah nunggu lama hari tuu...sebenarnya nasib2 jer..kadang2 adalah barang2 tuuu..kadang2 tak da punn...

dan satu lagi aku dapat sebiji teko besarrrr..keadaan tip top..cuma ditutupnya jer ada sompekan kecikk..

Monday, July 12, 2010

CENDERAHATI DARI US

Sayanya X-boss bercuti 2 bulan untuk jumpa family dia di sini.  So memandangkan X-PA dia ni giler dgn pinggan2 antik...jadi sebagai buah tangan untuk kali ini dibelikanlah teko dan mangkuk ni... Sepanjang 2 hari perjalanan  dari US ke Malaysia barang2 ni lending dengan selamatnya namun bila masa nak jumpa saya di Sogo tadi, digantung kejap kat pintu bilik air dan masa dia nak ambik terjatuh..emmm..macam nilah rupanya...sedih memanglah sedih..yang membawa lagi lah sedih sebab berya2 dia bungkus dengan baju biar tak pecahhh..last2 berderai jugakk...

Ari tu saya ada baca ..tak ingat dalam blog siapa...yang platter bunga kekwa pink rasanya yang berderai dan dicantum balikkk..manis jer tengok bila dah dicantumm....cik kak oiiiii...tolonglah sayaaaa.. macam mana nak dicantumkannyaa......... sayanglah nak buangggggggggg........nak nanggis dah niiii....

Tuesday, July 6, 2010

HUNTING DI BEIJING (16 - 21 JUN 2010)

Pada 16 - 21 Jun 2010 yang lalu, aku berkesempatan sekali lagi melawat kota Beijing.  Pernah akak kita di blog kata dulu masa dia pergi dia beli teko2 antik..tapi masa saya pergi tak jumpa pun.. tak da rezeki agaknya..tak pa lah..

Walau macam manapun saya nak juga teko dari sana sebagai kenangan..so saya belilah sebiji sebagai kenangan.  Tak tau apa corak bunganya.  dan lagi satu tu saya beli set teko, loceng dan payung dari apa yer..saya tak tau bahannya..macam dari besi jer...yg itu sya beli di dalam kawasan Zoo Panda di sana.. dan cawan teh 3 biji tu saya minta di kedai teh "Dr. Tea Shop".. dah ler minum free..abis cawannya saya kebas bawa balik.,.hehehe. tak pa... dah minta izin punn...

Sunday, July 4, 2010

GA Kelly

Kellyy... akak pun nak join GA ni...harap2 adalah rezeki yerrr...


Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko &; 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC


Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko, 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )


Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )



Syarat - syarat nya : )

Tarikh give away ni bermula dari 3 Julai hingga 31 Julai 2010 ( tapi kalau nak join sekarang pun boleh )

Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja ( so siapa yang nak join, kenalah jadi follower blog saya ) - dah lama jadi follower dahhh
Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog  masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join - dah buat entry dahhh... sila lihat di http://hanishaimigaleryantik.blogspot.com

Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog ya - dah link kan dahhhh..
Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira - dah beri komen dahhhh..

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini - hp : 019231 5152 (alamat nanti akak beri bila menang yerrr...hehehehe..aminnnnnnnn)

Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen - pls jadikan saya referral anda yerrrr kalau anda terlihat komen ini....

Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini - tahniah kepada yg mendapat hadiah ini.

Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos, Insyaallah


Monday, June 7, 2010

ALMARIKU SETELAH DIISI

Alhamdulillah dah selamat diisi...
sebenarnya mula2 tu nak letakkan kesemua teko2 dalam almari tu sebab masih ada beberapa belas biji teko lagi, namun sebab memandangkan cawan2 yang sedia ada tuu tempatnya adalah kurang selamat dan akan mudah terlanggar kalau ada budak2 datang..so aku ambil keputusan utk memasukkan cawan2 tu dalam almari ni...
kemudian2 nanti kalau ada tepat yang sesuai ..mungkin posisinya akan berubah pulaa...

Tuesday, June 1, 2010

ALMARIKU

Akhirnya termakbul juga impian utk aku mendapatkan almari ni.. Tq pd En. Zulkis yg telah menghantarnya malam tadi. Kalau nak belajar mengadjust almari ni masuk dlm kereta yg tak berapa besar ..belajar dgn dgn En Zul.. almari yang agak besar ni muat dimasukkan ke dalam keretanya ...kalau tak silap saya kereta myV.. kalau saya yg memasukkannya sure tak jadinya..terima kasih sekali lagi En Zul.