Cepat-cepat siapa yang sudi;
Usah biar hamba menanti,
Sungguh sedih rasa dihati,
tiada taulan pengiring nanti;
bila sendirian terasa sunyi,
pinanglah aku seikhlas hati.
1 TEKO - yang ini dah dipinang (BOOK BY NOR64)
2 PIRING DARA
6 PIRING CAWAN
Wednesday, January 20, 2010
Monday, January 18, 2010
Sunday, January 17, 2010
Friday, January 15, 2010
Thursday, January 14, 2010
ada sesiapa berminat kerrr ...
yang ini pun comel juga
ini pulak mangkuk kuih lompang bunga sakura
mangkuk kuih lompang bunga kangkung
teko bunga padi belah belakang kanan tu masih available..yang lain2 dah tak da dahhhh...
Tuesday, January 12, 2010
BARANGAN YANG TELAH DITERIMA
Pagi tadi masa sampai di ofis tengok kat bilik saya ada 2 kotak parcel... rasa mengelinjang nak bukak... tapi tak boleh sebab bos ada..nanti kang tena tegur sebab abis bersepah bilik....lepas tu tengahari datang satu lagi. Haaa dah ada 3.. Semalam bos saya tanya dengan opis boy kat pejabat saya... apa dalam kotak tuu.. budak tu gelak jer...dia kata .....ntah apa tah kak hani punya tuu... ni tadi dia nampak lagi budak posmen tu hantar satu lagi kotak.. tapi sebab ada 2 org officer dalam bilik dia, so dia belum sempat menanya lagi lahhh...hehehehhee....apa nak jawab ekkk nanti bila dia tanya.... hehehehhe. Haa gasak engkau.. tak abis2 menghunting.. bukan jer hunting kat kedai2 apek.. kat internet pun jadi jugakkkkkkk......heheheheh..haa layann...


Thursday, January 7, 2010
POLKA DOT BLUE
Shima.. ni dia set yang saya janji nak share tuu..... Yang ini bukan untuk di let go ya.. cuma sekadar mencuci mata dan berkongsi apa yang saya ada. tapi kalau sesiapa ada dan nak bagi saya tukar dgn barang2 lain oklah juga untuk saya lengkapkan balik set ini.
Sebenarnya saya tak anggap pun ianya sebagai antik.. tapi bila Shima dah masukkan dalam blog dia saya pun terpanggil untuk berkongsi sama...
Saya masih ingat lagi set ini saya beli di Chow Kit.. beli melalui katalog kalau tak silap saya dari Sykt Menang.. tak tau lah ada lagi ke tak kedai tu kat situ.sebab dah bertahun2 tak pernah jengah Chow Kit walaupun dekat dengan opis saya.
Set ini merupakan set yang paling ramai bilangannya yang saya pernah beli ... Saya membelinya kerana amat minat dengan coraknya dan kerana bilangannya yang banyak iaitu:
1. Pinggan makan - 12 bj - pecah 1
2. Piring kuih - 12 bj- pecah 7
3. set cawan - 12 bj - cawan pecah 7, piring 4
4. Mangkuk besar -12 bj - pecah 9
5. Mangkuk kecil - 12 bj- pecah 8
6. Piring lauk/piring dara - 12 bj - pecah 7
7. Teko - 1
8. Tureen - 1
9. mangkuk bujur - 1
10. pinggan hidang - 1
11. bekas gula - 1
12. bekas bujur kecil - 1
Tengoklah dah tinggal berapa biji jer dari bilangan yang sepatutnya ada. Saya membelinya kerana pada saya set ini banyak dan paling murah masa tu iaitu RM400++ tapi kurang dari RM500 kesemuanya.. saya tak ingat berapa harga sebenarnya rasanya dalam RM480 macam tu. Walaun pun paling murah tapi pada saya ams atu memang mahal gilerrrr lah.. yalah gaji ciput jer masa tuu...
Dalam set tu memang tak da bekas creamer..maybe dalam set yang lain agaknya tuu.. baru first time saya tengok bekas creamer tuuu... Set tu memang berat sikit, dan yang tingga tu pun ada gak yag sumbing sikit... pernah beberapa kali masa mencuci tu dan juga piring2 lain ianya terlepas dari tangan.. disebabkan sayang maka saya menahannya menggunakan kaki saya dan last baru terlepas ke lantai, tapi sebab jari2 kaki saya jadi penghalang sementara dia tak jatuh terus ke simen maka dia cuma sumbing sikit jerlah.. kalau tak sure pecah berderai..tapi akibatnya kaki saya yang sakitt.....tapi pinggan ni memang berat dan saya memang jadikan pinggan ni sebagai kegunaan harian sebab setnya yang hampir lengkap.
Selain dari set ini, saya ada lagi beli 2 tea set yang seumur dengan set ini.. belum sempat keluarkan dari gerobok untuk snap gambar...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















