Tuesday, December 22, 2009

HUNTING DI MAHA


Satu malam tu dapat call dari Melur.. sembang macam nak rak..macam dah kenal 10 tahun.. teruk betul orang kalau dah addict dengan barang antik ni eekk.. dengan siapa2 pun rancak jer bual.. Melur lah yang kenalkan saya dengan tempat ni... tak sabar2 nak peergi.. siap bodek laki ajak pergi.. nasib baik dia nakk... Masa nilah kenal nannie (my passion), tengok muka macam kenal, nak tegur segan..hehehe... pas tu abang yang menjual kat situ yang kenalkan inilah nannie dia kata..hehehehe.. salam perkenalan nanniee... saya memborong di dua kedai di situ..balik, ker terus proses merendam ... sebab barangan taklah kotor sangat, jadi jam 12.00 malam saya mengelap2 pinggan2 tu dan masukkan dalam gerobok.  Yang ini tiada lebihan yaaa... sebab semuanya untuk sendiri.. saya carikan kawan2 bagi barangan saya yang belum banyak familynya...
masa tgh pilih2 barang tu dengar ada makcik tu sembang2 pas tu dengar dia asik sebut nama Yattt.. aku pun dengan muka tak malunya tegurlah..makcik ni mak Yat keee..heheheh..haaa gasak engkau.. semuanya aku tegurrr....layannnnnn jer lahhh....

Sunday, December 20, 2009

GAMBARAN DEKAT HASIL HUNTING DI PENANG

Inilah dia hasil hunting di Penang tempohari.
1. Piring kuih bunga kangkung 6" - 7 biji (sendiri)
2. piring cawan bunga kangkung - 12 biji (sendiri)
3. piring kuih bunga kangkung 9" - 2 biji (sendiri)
4. cawan bunga kangkung mulut lebar - 2 set (sendiri)
5. cawan bunga kangkung sedang - 1 set (sendiri)
6.  mangkuk bunga kangkung 6" - 1 (sendiri)
7. mangkuk bunga kangkung + cop mohor 6" - 3 biji (sendiri)
8.  piring kuih bunga kekwa 6" - 6 biji (sendiri)
9.  piring bunga kekwa 8" - 1 biji (sendiri)
10.  piring bunga kekwa 9" - 1 biji (sendiri)
11.  piring gulai  bunga kekwa 7" - 1 biji (sendiri)
12.  cawan bunga kekwa - 2 set (sendiri)
13.  piring twin rose 6" - 4 biji (barter - 4 bj - book by Saidah)
14. teko pink rose - 1 biji (barter - book by Saidah)
15.  piring kuih bunga ros jambatan 9" - 2 biji (barter - book by pondok nursalam)
16. piring bunga padi 9" - 2 biji. (barter - book by Saidah)

piring bunga ros jambatan dan piring bunga padi ni saya tidak berhajat untuk menyimpannya.  Sesiapa yang berminat bolehlah barter ya.  Cepat sementara stok masih ada nii....

(...Habis dahhhhhhhhhh...tak boleh barter lagi dahhh..dah berpunyaaaa kesemuanyaaa.......) sesiapa yang tak dapat tu..tak dapek den nak nolongnyaaaaa sebab ramai sangat peminat barang2 ni...macam goreng pisang panas... baru jer saya masukkan dalam blog ni..bertalu2 sms dan call saya dapat....hehehehe)


Wednesday, December 16, 2009

HASIL HUNTING DI PENANG

Masa ikut huby ke Penang hari tu selain dari beli set kangkung dari Angah saya juga jalan2 kat Penang dengan teman collecter pinggan antik jugak iaitu Kelly, tapi dia belum ada blog lagi.   Dia pun walau dah lama duduk Penang tapi tak tau kat ceruk mana nak cari barang tu... jadi kami redah jer lah masuk mana2 kedai dan dengan muka tak malunya menanya apek2 dan nyonya2 tuuu... best jalan dengan kelly ni...muka selamber jerrr... ha elok lah tu dapat geng macam tu... cuma yang tak bestnya bila dah dapat kedai yang kami cari... huby pulak call kata nk keluar bilik hotel jam  12.30.. eemmm... dapat dalam 1 jam setengah jer dalam kedai apek tuu.. tak puas lagi membelek sebenarnya.. tapi pa lain kali kalau ke sana lagi dah tau mana tempat nak dituju.  Sampai jer hotel kereta opis cik abang dah siap buka boot sebab tengah masukkan barang2 huby dalam kereta.. so terus jer lah masukkan kotak dan beg pinggan2 tu dalam kereta.   tak muat kat boot letak kat seat belakang.. nasib baik anak tak ikut.. kalau anak ikut sure tak  muat sebab badan anakku macam giant... hehehhee...

Tuesday, December 15, 2009

SET BUNGGA KANGKUNG

Pada 10 & 11 Dis 2009 yang lalu aku telah ambik cuti  untuk ke Chiangmai, tapi sebab program bertukar ke bulan Januari dan tempat juga bertukar ke Yogjakarta pulak dah ..dan kebetulan pada tarikh yang sama huby ada meeting di Penang, maka cuti yang telah aku apply aku ambik jugaklah ikut huby ke Penang.  Sebelum   ke sana, member kat penang kata dia beli pinggan dari Angah (harta karun Angah), maka aku pun buka blog angah tengok2 mana2 yang berkenan, dan aku kenan dengan set bunga kangkung yang beliau ada... maka perjanjianpun dibuat dan Angah hantar set tu ke hotel tempat aku menginap (Sheraton - Royal Penang).  Sebelum tu bersms jer nak beli barang dan ingatkan nanti boleh lah ambik gambar dengan dia tapi rupa2nya bila dia nak hantar barang si Angah ni telefon... ekkk eleee rupa2nya mamat si Angah ni.. hehehe.. ingat pompuanm.. eemm... so tak dapatlah nak ambik gambar laga2 pipi dengan dia..  TQ Angah sebab sudi hantar barang tu ke hotel.  Kalau ada apa2 yang berkenan lagi nanti akak boleh order lagi.

Sunday, December 13, 2009

PIRING BUNGA ROS JAMBATAN 9' - 2 BIJI (boleh barter)

Saya mempunyai 2 biji piring ini dan tidak berhasrat untuk menyimpan koleksi ini kerana tiada kawan2nya.  Bagi sesiapa yang ingin barter dengan saya piring ini, silakan.

PINGGAN BUJUR BUNGA BAKUL- BOLEH BARTER

2 bj (book by Melur)
2 bj (book by ..ya allah siapa ni compius saya ..minta2 kejap lag ingat)
1 bj (book by Izany)
1 bj (sendiri)
Saya mempunyai 6 biji pinggan bujur bunga bakul 12".  Sesiapa berminat nak barter silakan.