Meminati barang lama... amat bersyukur kerana masih ada khazanah2 lama peninggalan arwah datuk dan nenekku yang boleh aku jadikan kenangan. Suami pula meminati keris2 dan pedang2. Ke mana2 tempat yang kami pergi sekiranya terjumpa yang agak menarik akan kami jadikan koleksi.. cumanya kami tidak berminat dengan keris2 atau pedang2 lama.. kerana dikhuatiri ada yang menunggu..hehehehe..jadi koleksi sebegini kami beli baru dan minat akan keunikannya. hanishaimi@gmail.com 019-2315152
Monday, November 30, 2009
BUNGA KACA BIRU
Barter Dgn Ca Teko & Piring Dodol - 28 Nov 2009
Kan Ani, rumah akak kat mana..
Dari BP Mall... terus sikit sampai shell kanan kiri, lepas tu jumpa masjid, pas tu dekat dgn masjid ada rumah, depan rumah tu ada kubur (kepuk batu nisan), tu rumah akak...hehehe...Tak lama lepas tu dalam hujan lebat...dapat call lagi...haaa..kau kat mana..saya ada kat batu nisan ni...hehehe..haa berlari keluar akak buka pintu.
Ini dia teko dan piring dodol yang dibarter dengan Ca@casaomaantique. Saya bagi Ca piring dodol hijau 1, putih 1 dan juga pinggan hidang bunga ros hitam.
Terima kasih Ca sebab sudi datang rumah akak di Batu Pahat. Yalah barangan lama ni kalau dipos takut pecah..sayang..dah kebetulan akak balik kampung masa raya haji ari tu, baik bawa balik sekalilah dan dapat jumpa sekali orangnya. Mak Ca pun sporting sebab nak ikut sama...Ca kita ni sama2 seJawa ekk Ca..hehehehee.
Termengandung rupanya budak ni...patut ler pucat jer muka masa datang rumah...tapi macam mana pun masih rancak borak....hehehehe.. Tahniah Ca semoga sihat dan sentiasa aktif dalam mencari barangan2 antik ni.





